Cari:
Eropah Terima Platform Pembayaran WeChat
2017-07-11 14:16:31 CRI Cetak

Satu perjanjian telah ditandatangani antara syarikat Tencent China dan syarikat Wirecard Jerman, yang akan membolehkan peniaga di Eropah menawarkan mod pembayaran WeChat milik Tencent.

Platform pembayaran tersebut yang dibangunkan oleh Tencent, pembekal perkhidmatan Internet terbesar China, adalah antara tiga mod pembayaran pihak ketiga yang utama di negara ini.

Manakala, Wirecard, pembekal perkhidmatan pembayaran digital Jerman, menyediakan perkhidmatan serupa di Eropah.

WeChat mempunyai lebih 938 juta pengguna aktif setiap bulan, dengan lebih 600 juta daripadanya pengguna perkhidmatan pembayaran WeChat. 40% daripada seluruh pembayaran melalui alat mudah alih di China dilakukan dengan WeChat.

Melalui kerjasama dengan Tencent, Wirecard memudahkan akses kepada peniaga Eropah untuk meneroka pasaran pelanggan China yang amat berpotensi.

China merupakan sumber pelancong penting bagi Eropah dan kedatangan pelancong China dengan kuasa beli yang besar merupakan penjana bagi sektor pelancongan tempatan.

Menurut Wirecard, peniaga Eropah mampu menarik lebih banyak pelanggan China sekiranya boleh menawarkan perkhidmatan pembayaran mudah alih yang biasa digunakan seperti WeChat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China