Cari:
Guangdong Guna Teknologi Canggih Lindungi Maklumat Peribadi Pengguna Internet
2017-07-11 10:46:49 CRI Cetak

Kerajaan daerah Chancheng, bandar Foshan, provinsi Guangdong, China membina satu platform pengesahan identiti yang dinamakan IMI (intelligent multifunctional identity) baru-baru ini. Rancangan pintar dan kepercayaan bandar yang dikemukakan oleh kerajaan daerah tersebut menggunakan "block chain", iaitu satu teknologi internet yang canggih.

Pada masa ini, situasi dalam internet semakin rumit. Keselamatan maklumat peribadi amat menarik perhatian umum. Teknologi "block chain" lebih selamat kerana maklumat simpanannya tidak boleh diubah. Oleh itu, teknologi ini boleh meningkatkan keselamatan siber.

Dari segi penduduk, mereka boleh menguruskan prosedur kerajaan dengan cara yang lebih mudah dan efisien. Dari segi pihak berkuasa pula, perkongsian maklumat lebih lancar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China