Cari:
Kematian Ketua Daesh Belum Dapat Disahkan
2017-07-12 14:27:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Tentera Amerika Syarikat (AS) belum dapat mengesahkan kematian Abu Bakr al-Baghdadi, ketua kumpulan militan Daesh pada masa ini.

Stephen Townsend, komandar tentera AS di Iraq dalam sidang media semalam menyatakan bahawa walaupun pihaknya telah memperoleh maklumat berguna dari pelbagai saluran, namun status Baghdadi kini masih tidak dapat disahkan.

Tambah beliau, media Rusia pada bulan Jun lalu pernah melaporkan bahawa Baghdadi terbunuh dalam serangan udara tentera Rusia, namun maklumat yang didapati tentera AS membuktikan sebaliknya.

Bagaimanapun, kumpulan Daesh telah mengesahkan berita kematian Baghdadi, dan ketua baharu kumpulan itu akan dipilih dalam masa terdekat, menurut laporan media Iraq pada 11 Julai lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China