Cari:
Empat Negara Teruskan Sekatan terhadap Qatar
2017-07-12 15:22:21 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir akan memantau pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Qatar dan Amerika Syarikat untuk menyekat pembiayaan kepada kumpulan pengganas, selain terus mengenakan sekatan terhadap Qatar.

Demikian kenyataan bersama empat negara itu sebagai respons kepada pemeteraian MoU tersebut di Doha, semalam.

Menurut kenyataan itu, Qatar gagal mematuhi Perjanjian Riyadh dan fasal tambahan berkenaan dalam tempoh tiga tahun lalu, bahkan terus menyokong kegiatan keganasan, selain mencampur tangan dalam hal-ehwal dalaman negara lain.

Dalam satu sidang media yang diadakan semalam, Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson yang sedang dalam rangka lawatan rasmi di Doha menyatakan bahawa AS dan Qatar akan memikul bersama tanggungjawab dan kewajipan untuk memerangi keganasan, termasuk mengesan sumber pembiayaan, berkongsi maklumat, dan bekerjasama demi keselamatan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China