Cari:
Armada China Lawat Itali
2017-07-12 16:58:23 CRI Cetak

Armada Pelawat dari Tentera Laut China akan mengadakan lawatan persahabatan selama empat hari setiba di Civitavecchia, Itali pada pagi 11 Julai waktu tempatan. Sebelum ini, armada tersebut telah mengambil masa 10 hari untuk pelayaran dari Djibouti, melintasi Laut Merah dan mengikuti Terusan Suez.

Pada pukul 10.00 pagi semalam, Timbalan Panglima Pasukan Pengawal Pantai Bandar Civitavecchia, Kolonel Michele Castaldo menyambut kedatangan armada tersebut di dermaga. Turut hadir Li Ruiyu, Duta Besar China di Itali dan Wang Jianliang, Atase Tentera, sebahagian kakitangan Kedutaan Besar China, wakil-wakil dari kalangan perantau China dan orang Cina, institusi China serta pelajar di luar negeri yang seramai 200 orang.

Shen Hao, komander armada tersebut dalam ucapannya semasa upacara sambutan berkata, China dan Itali saling menghormati tamadun yang bersejarah milik masing-masing dan mengambil berat keamanan dan persahabatan. Mudah-mudahan persefahaman, kerjasama dan persahabatan dapat terus ditingkatkan melalui lawatan kali ini. Tambah beliau, kedua-dua negara ini akan berusaha untuk mengekalkan kerjasama pragmatik demi perkembangan hubungan bilateral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China