Cari:
Telefon Jenama Domestik Dominasi Pasaran China
2017-07-12 15:02:20 CRI Cetak

Telefon pintar jenama domestik mendominasi pasaran China dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Sebanyak 216 juta telefon jenama tempatan dijual dalam tempoh tersebut, yang menempati 90.5% syer pasaran.

Laporan Institut Maklumat dan Telekomunikasi China (CAICT) yang dikeluarkan kelmarin mencerminkan situasi tersebut, yang turut disokong oleh laporan syarikat data antarabangsa IDC.

Menurut IDC, jumlah penjualan telefon pintar buatan China meningkat 0.8% pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jenama Huawei, OPPO dan Vivo jauh mendahului Apple yang menyaksikan kemerosotan di pasaran China sama seperti Samsung.

Bagaimanapun, keuntungan yang dicatat oleh Apple pada suku pertama tersebut tetap kukuh, dengan 83.4% keuntungan diperoleh menerusi pasaran telefon pintar meskipun jumlah penjualan menurun. Menurut firma Strategy Analytics, angka tersebut merupakan peningkatan 3.6% berbanding tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China