Cari:
China Pengeksport Bahan Ubat Terbesar
2017-07-13 11:03:24 CRI Cetak

China telah menjadi pasaran pengguna produk farmaseutikal kedua terbesar dan pengeksport bahan mentah ubat-ubatan terbesar di dunia.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Pemantauan dan Pengawalan Makanan dan Ubat-ubatan China, Wu Zhen berkata demikian dalam majlis perasmian satu seminar mengenai kawalan kualiti ubat-ubatan negara membangun di Beijing semalam.

Beliau menyatakan bahawa kini terdapat hampir 5,000 buah syarikat farmaseutikal di China yang menjana keuntungan lebih RMB2.5 trilion (RM1.6 trilion) setahun. Antaranya, hampir 50 syarikat telah mendapat pensijilan dari negara-negara Eropah dan Amerika Utara. Jumlah eksport produk perubatan China mencatat lebih USD13.5 bilion (RM58 bilion).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China