(Huang Danian)
Huang Danian, ahli geofizik China yang tersohor di dunia, dikenang bukan sahaja kerana sumbangannya terhadap dunia sains tetapi juga semangat cinta tanah air yang tidak pernah luput sepanjang hayat.
Ibarat rasa cinta yang terkandung dalam lagu kegemarannya "Wo Ai Ni, Zhongguo" (Aku Cinta Padamu, China), Huang Danian telah mengabdikan seluruh hidup kepada penyelidikan saintifik demi nusa dan bangsa.
Huang, yang mencipta nama dalam bidang teknologi penerokaan bumi dalam, mendapat pendidikan dan latihan lanjutan di Britain setelah lulus dari sebuah institut geologi di Changchun, timur laut China.
Di bawah bimbingannya selaku ahli geofizik senior, sekumpulan saintis di ARKex, sebuah syarikat di Cambridge, Britain mencapai kejayaan cemerlang dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi eksplorasi bumi.
Selepas 18 tahun di Britain, beliau kembali ke China pada tahun 2009 untuk berbakti kepada negara. Pengetahuan tentang teknologi geofizik yang dibawa pulang dimanfaatkan sepenuhnya untuk membangunkan cabang ilmu tersebut di China.
(tempat kerja Huang Danian)
Huang Danian terkenal kerana dedikasi dan komitmen kerja. Usaha beliau tanpa mengenal erti penat lelah selama tujuh tahun selepas kembali ke tanah air membuahkan hasil apabila nama China dikenali sebagai peneraju teknologi dan peralatan meneroka bumi dalam.
Huang Danian akhirnya tewas kepada kanser pada 8 Januari lalu dan meninggal dunia pada usia 58 tahun.
Untuk mengenang jasa dan pengorbanannya, kajian Huang diteruskan oleh rakan-rakan seangkatannya.