Cari:
Hujan Lebat di Jepun Ragut 27 Nyawa
2017-07-13 14:00:27 CRI Cetak

Sekurang-kurangnya 27 nyawa diragut dan banyak rumah terjejas di Fukuoka dan Oita selepas hujan lebat melanda kawasan Kyushu Jepun untuk beberapa hari berturut-turut sejak 5 Julai lalu.

Menurut laporan Agensi Berita Kyodo, setakat pukul 8.00 malam semalam waktu tempatan, terdapat 20 orang yang masih hilang di kawasan bencana tersebut. Pasukan penyelamat akan meneruskan misi mencari.

Menurut anggaran awal, kira-kira 680 buah rumah terjejas di kawasan bencana tersebut, antaranya 130 rosak teruk. Sementara itu, hampir 1,200 orang terpaksa dipindahkan ke tempat yang selamat.

Kerajaan Fukuoka dan Oita akan menyediakan tempat tinggal sementara dan bantuan kewangan kepada mangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China