Cari:
Juri Agung Persekutuan AS Dakwa Suspek Kes Zhang Yingying
2017-07-13 14:13:49 CRI Cetak

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan kenyataan semalam bahawa juri agung persekutuan di Illinois akan mendakwa Brendt Christensen, suspek yang disyaki menculik sarjana pelawat China, Zhang Yingying ke University of Illinois at Urbana-Champaign (UIUC). Perbicaraan awal yang dijadualkan pada 14 Julai nanti turut dibatalkan.

Jika sabit kesalahan, hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan ke atas suspek adalah penjara seumur hidup.

Menurut indikmen pihak pendakwa, Christensen telah menculik dan menahan Zhang Yingying pada 9 Jun lalu, dengan menggunakan sebuah kereta jenama Saturn berwarna hitam.

Berdasarkan bukti dan dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah, serta bahan-bahan yang belum didedahkan, Zhang Yingying dipercayai telah dibunuh. Siasatan kini masih dijalankan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China