Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) semalam mengeluarkan kenyataan media yang meraikan pembebasan Mosul, Iraq dari cengkaman militan Daesh.
Kejayaan di Mosul ini disifatkan sebagai titik penting dalam perjuangan membanteras kumpulan ekstremis di seluruh dunia.
UNSC menyanjung tinggi usaha yang dilakukan Iraq, sambil menyampaikan rasa simpati atas kesengsaraan yang dialami oleh mangsa dan ahli keluarga mereka akibat peperangan menentang Daesh.
Semua pihak terlibat digesa agar mematuhi undang-undang antarabangsa khususnya berkaitan perlindungan terhadap orang awam.