Cari:
Pos Hijau Pertama di Dataran Tinggi Qinghai
2017-07-14 14:40:15 CRI Cetak
Pos Hijau Qinghai-Tibet mula beroperasi di lebuh raya Qinghai-Tibet China untuk menyediakan perkhidmatan kitar semula sampah sarap dan promosi kempen kesedaran alam sekitar kepada umum.

Dibangunkan hasil kerjasama antara kerajaan provinsi Qinghai dan organisasi perlindungan alam sekitar bukan kerajaan, Green River, hab ini juga boleh dijadikan perhentian bagi pengguna lebuh raya yang ingin beristirehat dalam perjalanan.

Pegawai Green River, Yang Xin berkata, lebuh raya tersebut merupakan nadi pengangkutan Tibet, dengan jumlah pengguna mencatat berpuluh-puluh ribu setiap hari.

Tinjauan yang dijalankan di bahagian lebuh raya Qinghai-Tibet antara Kunlun dan Tanggula yang berjarak 450 kilometer mendapati sebanyak kira-kira 160 ribu keping sampah termasuk botol dan beg plastik terhasil sejak 2013.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China