Cari:
China Dilanda Cuaca Panas
2017-07-14 14:32:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kebanyakan tempat di China dilanda cuaca panas pada 13 Julai lalu.

Gelombang panas kali ini mempengaruhi kawasan seluas 2.14 juta kilometer persegi di seluruh negara.

Menurut Jabatan Pentadbiran Meteorologi China(CMA), Xinjiang, Mongolia Dalam, Gansu, Ningxia, Shaanxi, Hebei, Shanxi, Beijing, Tianjin, Sichuan dan Hubei mencatat suhu setinggi 35 hingga 38 darjah Celsius. Bahagian barat daya Shanxi mencatat suhu setinggi 40 hingga 41 darjah Celsius. Suhu di Turpan, Xinjiang pula mencecah 44 darjah Celsius.

Cuaca panas di kawasan-kawasan tersebut dijangka akan berlanjutan untuk tempoh sepuluh hari yang akan datang.

Dalam pada itu, CMA mengeluarkan amaran cuaca panas tahap jingga malam semalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China