Cari:
"Great Repeal Bill", Persiapan untuk Brexit
2017-07-14 14:33:49 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Britain semalam mengumumkan Great Repeal Bill, satu dokumen perundangan yang bertujuan menggugurkan undang-undang Kesatuan Eropah (EU) daripada peruntukan perundangan negara itu.

Langkah ini merupakan antara persiapan awal Britain untuk "keluar daripada Kesatuan Eropah (EU)" atau Brexit.

Great Repeal Bill juga memansuhkan Akta Komuniti Eropah yang telah digubal oleh parlimen Britian pada 1972.

Rang undang-undang tersebut yang masih perlu mendapat kelulusan parlimen sebelum berkuat kuasa, dilihat oleh masyarakat tempatan sebagai salah satu dokumen yang mempunyai makna paling signifikan dalam sejarah Britain.

Pada hari yang sama Great Repeal Bill diumumkan, David Davis, menteri yang bertanggungjawab atas isu Brexit berkata, pihak-pihak terlibat diharap bekerjasama di parlimen bagi memastikan rang undang-undang itu diluluskan dengan lancar.

Great Repeal Bill dijangka akan didebatkan di parlimen menjelang penghujung tahun ini, dan perlu diluluskan sebelum Britain keluar daripada EU secara rasmi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China