Persatuan Pemandu Mendaki Gunung Wilayah Autonomi Tibet China ditubuhkan secara rasmi di Lhasa baru-baru ini, sekali gus menjadi persatuan pertama dalam bidang itu di negara ini.
Antara tugas persatuan itu termasuk menetapkan kriteria penilaian bagi pendaftaran pemandu di pergunungan Himalaya, selain menyediakan latihan dan meningkatkan mekanisme pengelolaan aktiviti mendaki gunung di kawasan dataran tinggi.
Pada masa ini, China belum berstatus anggota Persatuan Pemandu Mendaki Gunung Antarabangsa (IFMGA).
Penubuhan persatuan tersebut merupakan antara langkah China untuk mendapatkan keanggotaan IFMGA agar dapat meneroka pasaran antarabangsa.