Cari:
Rundingan Damai Isu Syria ke-7 di Geneva
2017-07-15 15:15:50 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Rundingan Damai berhubung dengan isu Syria pusingan ke-7 yang dipanggil oleh Staffan de Mistura, Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi isu Syria telah berakhir di Geneva pada malam 14 Julai lalu.

Staffan de Mistura dalam sidang media yang diadakan pada malam itu berkata, rundingan kali ini telah mencapai beberapa kemajuan yang baharu, dan rundingan ke-8 dijadualkan diadakan pada awal September nanti.

Rundingan yang berlangsung pada 10 hingga 14 Julai tersebut dihadiri delegasi kerajaan Syria yang diketuai oleh Wakil Tetap Syria ke PBB, Bashar al-Jaafari, dan delegasi pembangkang Syria yang terdiri daripada tiga puak, iaitu Suruhanjaya Rundingan Peringkat Tinggi, Kumpulan Kaherah dan Kumpulan Moscow.

Dalam tempoh rundingan tersebut, Staffan de Mistura sebagai pengantara menganjurkan beberapa pertemuan secara berasingan dengan delegasi pembangkang dan delegasi kerajaan. Namun, setakat kini, rundingan bersemuka antara kedua-dua pihak belum dapat diadakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China