Kementerian Kewangan China mengadakan sidang media semalam yang memaklumkan, pendapatan kewangan negara pada setengah tahun pertama ini meningkat 9.8% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Ini turut menggambarkan ekonomi China beroperasi dengan mapan dan semakin baik walaupun kadar pertumbuhan itu pada setengah tahun kedua nanti berkemungkinan menjadi perlahan.
Menurutu data yang dikeluarkan dalam sidang media tersebut, pendapatan yang diperolehi dari belanjawan awam yang biasa di seluruh China meningkat 9.8% dengan mencecah kira-kira RMB 9.43 trilion (RM6 trilion). Antaranya, pendapatan kerajaan pusat meningkat 9.6% dengan mencatat kira-kira RMB 4.39 trilion (RM2.78 trilion), manakala pendapatan kerajaan daerah meningkat 10% dengan mencapai sebanyak RMB 5.04 trilion (RM3.19 trilion).
Selain itu, perbelanjaan awam yang biasa di seluruh China meningkat 15.8%, dengan mencatat kira-kira RMB 10.34 trilion (RM6.55 trilion) yang melibatkan beberapa bidang utama seperti pendidikan, jaminan sosial, penyediaan pos kerja, pembangunan kawasan kediaman di dalam dan luar bandar, perubatan, kesihatan dan rancangan keluarga.