Pada setengah tahun pertama tahun ini, import eksport bagi perdagangan barangan China meningkat 19.6% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan mencatat sebanyak RMB 13.14 trilion (RM8.32 trilion). Trend perkembangan yang baik ini turut membantu mencipta kadar pertumbuhan yang paling tinggi sejak setengah tahun kedua tahun 2011.
Namun, Naib Ketua Bahagian Perdagangan Luar Kementerian Perdagangan China, Wang Dongtang menyatakan bahawa eksport China tetap menghadapi banyak cabaran dari dalam dan luar negara termasuk amalan perlindungan perdagangan dan kenaikan kos pelbagai bidang di dalam negeri.
Menurut data berkenaan, pada enam bulan pertama tahun ini, walaupun import dan eksport masing-masing meningkat, tetapi lebihan dagangan menurun 17.7% dengan mencatat RMB 1.28 trilion (RM811 juta).
Selain itu, perdagangan import eksport antara China dengan negara-negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) termasuk Malaysia, Rusia dan India berkembang pesat, manakala perdagangan luar China dengan Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun yang dilihat sebagai pasaran tradisi kelihatan semakin pulih.