Cari:
China Tentang Semua Aktiviti Dalai yang Pecahbelahkan Negara
2017-07-15 15:04:13 CRI Cetak

China menentang tegas Dalai atas identiti atau nama apapun ke negara manapun untuk menjalankan aktiviti yang bertujuan memecahbelahkan China. China berharap negara berkenaan membuat keputusan yang tepat dalam menangani isu berkenaan.

Pejabat Presiden Botswana mengumumkan kelmarin bahawa Dalai akan melawat negara itu dan turut diatur menemui Presidennya.

Sehubungan dengan berita itu, Geng Shuang berkata, Dalai ke-14 selaku pelarian politik, menjalankan aktiviti yang bertujuan memecahbelahkan negara China sejak sekian lama dengan berselindung di sebalik agama, dan berniat memisahkan Tibet daripada China. China menentang tegas pegawai daripada negara manapun bertemu dengannya dengan apa jua cara.

Geng Shuang menegaskan bahawa pendirian China amat jelas, iaitu berharap negara berkenaan mengambil tahu wajah sebenar Dalai, bersungguh-sungguh menghormati keprihatinan utama China dan membuat keputusan yang tepat dalam menangani isu berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China