Menurut pengumuman dikeluarkan oleh Fitch Ratings baru-baru ini, Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) telah diberi reputasi kredit paling tinggi, iaitu AAA.
Dalam pengumuman tersebut, AIIB mempunyai asas modal yang lumayan yang mampu membantu urus niaga pinjaman dan pemberian pinjamannya diperluas mengikut jangkaan. Pada waktu yang sama, pelaksanaan dasar dan pengendalian yang bermutu tinggi juga dilihat akan membantu AIIB mengurangkan risiko yang berkenaan.
Sejak AIIB beroperasi pada Januari 2016, jumlah anggota AIIB kian bertambah. Setakat ini, 16 buah program pelaburan infrastruktur telah diluluskan oleh AIIB, dan keseluruhan pelaburannya pula mencatat hampir USD2.5 bilion (RM10.7 bilion).