Cari:
Sidang Kerja Kewangan Negara China Diadakan di Beijing
2017-07-16 15:26:55 CRI Cetak

Sidang Kerja Kewangan Negara China telah diadakan di Beijing pada 14 hingga 15 Julai lalu. Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucapan yang kondusif dalam sidang itu.

Xi menegaskan bahawa kewangan merupakan daya saing utama bagi suatu negara, keselamatan kewangan adalah komponen utama bagi keselamatan suatu negara, dan sistem kewangan adalah sistem bersifat dasar yang penting dalam pembangunan sosioekonomi.

Pimpinan Parti Komunis China terhadap kerja kewangan negara ini mesti dipertingkat berdasarkan pembangunan yang stabil. Hendaklah menumpukan perhatian terhadap tiga tugas dalam pembaharuan kewangan mengikut hukum perkembangannya, iaitu berkhidmat untuk ekonomi nyata, mencegah dan mengawal risiko kewangan dan mengintensifkan pembaharuan kewangan.

Selain itu, pelbagai pihak terbabit juga dikehendaki menjalankan inovasi bagi menyempurnakan kawalan terhadap kewangan, melengkapi sistem perusahaan kewangan moden, menyempurnakan sistem pasaran kewangan, mewujudkan pembentukan rangka pemantauan kewangan yang moden, mempercepat transformasi kaedah pembangunan kewangan, dan melengkapi undang-undang kewangan berkenaan untuk menjamin keselamatan kewangan negara supaya ekonomi serta kewangan negara ini berkembang menuju ke arah yang sihat.

Turut hadir Perdana Menteri, Li keqiang yang juga menyampaikan ucapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China