Cari:
Masjid Al-Aqsa Dibuka Semula
2017-07-17 13:07:37 CRI Cetak

Masjid Al-Aqsa dan Temple Mount yang terletak di kota kuno Baitulmuqaddis dibuka secara berperingkat kepada awam oleh polis Israel petang semalam.

Kawalan keselamatan di kawasan terbabit turut ditingkatkan dengan pemasangan kamera pengawasan dan alat pengesan bahan logam di pintu masuk.

Bagaimanapun, tindakan tersebut dibantah oleh Yayasan Agama Islam yang bertanggungjawab atas fasiliti keagamaan seperti Masjid Al-Aqsa kerana dianggap "mengubah keadaan masjid".

Petugas Masjid Al-Aqsa turut menyeru orang Islam supaya jangan ke masjid itu sehingga peralatan keselamatan tersebut ditanggalkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China