Pemimpin Majoriti Senat Amerika Syarikat (AS), Mitch McConnell mengumumkan pada 15 Julai lalu bahawa pengundian bagi rang akta penjagaan kesihatan baharu yang dijadualkan pada minggu ini ditangguhkan untuk membolehkan ahli senat dari Parti Republikan, John McCain pulih selepas pembedahannya.
McConnell menyatakan dalam satu kenyataan bahawa Dewan Senat akan terus menyemak perincian rang undang-undang tersebut dalam tempoh rehat John McCain, tetapi akan menangguhkan pembahasan sehingga beliau kembali bertugas.