Sekurang-kurangnya 16 maut dan 26 lagi cedera, antaranya 19 parah selepas sebuah bas yang sarat dengan penumpang jatuh ke dalam gaung di Kashmir semalam.
Menurut polis India, bas tersebut yang dalam perjalanan membawa penumpang ke Gua Amarnath di Kashmir, terjunam di lokasi kira-kira 107 kilometer selatan Srinagar.
Punca kemalangan masih disiasat.