Menurut data terkini Jabatan Statistik Negara, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat RMB38.15 trilion (RM24 trilion) pada separuh pertama tahun ini, meningkat 6.9% berbanding tempoh sama tahun lalu.
Menurut jurucakap jabatan itu, ekonomi China menunjukkan momentum baik dengan prestasi yang kukuh pada keseluruhannya.
Dalam pada itu, situasi pekerjaan dilaporkan optimistik, harga barang stabil, pendapatan rakyat meningkat, dan struktur ekonomi semakin optimum.