Cari:
Iran, EU Umum Projek Kerjasama Keselamatan Nuklear
2017-07-17 14:04:41 CRI Cetak

Menurut laporan media Iran, susulan pertemuan antara Ketua Pengarah Pusat Keselamatan Nuklear Iran, Ali Akbar Salehi dan wakil Pejabat Keselamatan Nuklear Kesatuan Eropah (EU), Olivier Luycx baru-baru ini, satu projek kerjasama keselamatan nuklear telah dicapai dengan nilai USD2.85 juta (RM12 juta).

Projek tersebut merupakan sebahagian pakej USD5.7 juta yang ditandatangani antara Iran dengan EU pada tahun 2016, yang bertujuan untuk mengukuhkan keselamatan nuklear Iran dalam pelbagai aspek.

Menurut perjanjian itu, EU akan membantu Iran membangunkan sebuah rangka kerja penyeliaan teknologi nuklear, di samping menggalakkan negara itu menyertai persidangan antarabangsa yang berkaitan teknologi nuklear.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China