Cari:
Jerman Tiada Had Maksimum Terima Pelarian
2017-07-18 14:20:42 CRI Cetak

Canselor Jerman, Angela Merkel dalam wawancara dengan sebuah stesen TV baru-baru ini menyatakan bahawa pihaknya tidak akan menetapkan had maksimum bagi menerima pelarian.

Menurut Merkel, mengehadkan bilangan pelarian yang masuk bukanlah langkah terbaik untuk menangani isu berkenaan. Beliau yakin, penyusunan peraturan dan pelaksanaan tindakan yang mengekang kebanjiran pelarian adalah lebih wajar.

Jerman merupakan negara penerima pelarian terbesar di Eropah, yang telah menempatkan lebih sejuta pelarian di wilayahnya sejak tahun 2015.

Beban kewangan dan masalah sosial ekoran kemasukan pelarian mengakibatkan ketidakpuasan rakyat Jerman terhadap dasar yang diamalkan sekarang.

Kerajaan Jerman telah bertindak mengetatkan syarat penerimaan pelarian pada tahun lalu, langkah yang membawa kepada pengurangan jumlah pelarian ke negara itu pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China