Cari:
China Sedia Galakkan Penyelesaian Politik Isu Syria
2017-07-18 14:24:13 CRI Cetak

China bersedia bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa menggalakkan penyelesaian isu Syria menerusi saluran politik secepat mungkin.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang menyatakan demikian dalam sidang akhbar semalam.

Utusan khas kerajaan China atas isu Syria, Xie Xiaoyan telah menyertai rundingan damai Geneva mengenai isu Syria pusingan ketujuh baru-baru ini.

Lu Kang menjelaskan, China sentiasa menyokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan utama dalam rundingan mengenai isu Syria. Sekarang, situasi keselamatan dan antikeganasan di negara itu semakin baik. China akan terus meningkatkan koordinasi dengan masyarakat antarabangsa bagi menamatkan konflik kekerasan di negara tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China