Cari:
Pesta Kebudayaan dan Pelancongan Antarabangsa Dujiangyan Dirasmikan
2017-07-18 09:44:27 CRI Cetak

Pesta Kebudayaan dan Pelancongan Antarabangsa Dujiangyan China 2017 dirasmikan di bandar Dujiangyan, provinsi Sichuan, China pada 17 Julai. Para pelancong sempat menghayati kebudayaan Dujiangyan, iaitu projek pengairan yang mempunyai sejarah lebih dua ribu tahun ini.

Pihak penganjur mengundang 50 pengembara asing yang terkenal untuk menyertai aktiviti memperingati Li Bing dan anaknya, peneraju projek pengairan ini.

Dalam pada itu, sebanyak 100 orang kanak-kanak bersama-sama memhasilkan lukisan bertemakan "keluargaku yang bahagia". Selain itu, sebanyak 100 pasangan kekasih turut akan diberikan poskad istimewa secara percuma.

Dujiangyan yang terletak di kawasan barat bandar Dujiangyan, provinsi Sichuan, China, turut dikenali sebagai warisan budaya dunia, warisan alam sekitar dunia, dan destinasi pelancongan peringkat AAAAA negara di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China