Cari:
Pembangunan Peluru Berpandu Iran Tidak Boleh Dirunding
2017-07-18 13:41:37 CRI Cetak

Program pembangunan peluru berpandu Iran adalah bersifat defensif, dan tidak boleh dirunding.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Turus angkatan bersenjata Iran, Mohammad Hossein Baqeri semalam.

Beliau mendakwa kenyataan pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) yang menyarankan pembaharuan terhadap sistem Iran sebagai mencampuri hal ehwal dalaman negara itu.

Sekatan yang dikenakan oleh AS ke atas Iran, khususnya terhadap Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) adalah salah, dan dilihat sebagai satu peluang untuk Iran melaksanakan pembangunan negara secara berdikari.

Tindakan AS menyamakan IRGC dengan kumpulan pengganas dan mengenakan sekatan terhadapnya, hanya akan membawa risiko kepada AS dan pangkalan tentera AS di Asia Barat. Washington digesa mempertimbangkan semula sekatan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China