Cari:
China Bantah Lawatan Rasmi antara AS dan Taiwan
2017-07-18 13:57:05 CRI Cetak

China menentang keras pertukaran pihak rasmi dan hubungan ketenteraan dalam sebarang bentuk antara Amerika Syarikat (AS) dengan Taiwan, serta menggesa AS tidak cuba mengubah haluan sejarah.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang ketika mengulas usul Kongres AS yang menghendaki Setiausaha Pertahanan mempertimbangkan lawatan kapal tentera antara AS dan Taiwan.

Menurut Lu, usul bagi Akta Mandat Pertahanan 2018 AS mengandungi fasal yang bercanggahan dengan dasar satu China dan prinsip tiga kenyataan bersama China-AS.

China yang membantah keras fasal tersebut, menggesa AS menyedari risiko usul berkenaan dan tidak meluluskannya untuk mengelakkan hubungan China-AS daripada terjejas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China