Cari:
Sidang Menteri Inovasi Sains dan Teknologi BRICS
2017-07-19 13:38:22 CRI Cetak

Sidang Peringkat Menteri Inovasi Sains dan Teknologi Negara BRICS diadakan di bandar Hangzhou, China semalam.

Dengan tema "inovasi diutamakan, kerjasama ditingkatkan", sidang tersebut berhasil membuahkan banyak pencapaian penting berkaitan perkongsian inovasi sains dan teknologi serta kerjasama penyelidikan dan pembangunan dalam bidang tertentu.

Menteri Sains dan Teknologi China, Wan Gang menyatakan, sidang kali ini telah mengukuhkan mekanisme sidang ini, menekankan semula signifikannya kerjasama dalam bidang berkenaan menerusi Pengumuman Hangzhou yang dikeluarkan bersama.

Turut diluluskan dalam sidang itu, Pelan Tindakan Kerjasama dan Inovasi Negara BRICS yang bakal memperkukuh kerjasama antara sektor kerajaan dengan swasta, selain menggalakkan kerjasama lain bagi memacu inovasi dalam bidang sains dan teknologi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China