Cari:
Xi Jinping Ditemui Mahmoud Abbas
2017-07-19 13:40:00 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping ditemui Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Dewan Besar Rakyat di Beijing semalam.

Presiden Xi dalam pertemuan itu mengimbas persahabatan China dan Palestin yang bersejarah lama.

Beliau turut menyatakan kesediaan China untuk bersama-sama dengan Palestin terus saling menyokong dalam bidang politik, meningkatkan koordinasi, mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan merancakkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Beliau berkata, China menyanjung tinggi Palestin yang sentiasa menghormati dasar "satu China" dan akan terus menyokong usaha rakyat Palestin untuk memulihkan hak bangsa. China juga bersedia bekerjasama dengan Palestin dalam pelaksanaan inisiatif "Jalur & Laluan" (B&R), dan menyokong syarikat China melabur di negara itu untuk mewujudkan situasi menang-menang.

Xi Jinping turut mengemukakan empat cadangan bagi penyelesaian isu Palestin, iaitu menggalakkan penyelesaian politik berasaskan "rancangan dua negara"; membangunkan konsep keselamatan bersama yang bersifat komprehensif dan kekal; meningkatkan usaha penyelarasan antarabangsa; dan mewujudkan kedamaian melalui pembangunan.

Mahmoud Abbas menghargai saranan Presiden Xi tersebut dan berharap China memainkan peranan yang lebih besar dalam proses damai di Asia Barat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China