Cari:
PBB Sambut Hari Mandela
2017-07-19 14:12:31 CRI Cetak

Sebuah majlis peringatan diadakan oleh Perhimpunan Agung PBB (UNGA) Ke-71 untuk menyambut Hari Antarabangsa Nelson Mandela semalam.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam majlis itu menyatakan bahawa cara terbaik untuk memperingati Mandela bukanlah melalui ucapan atau upacara, tetapi melalui tindakan yang membawa kebaikan kepada dunia.

Pegawai PBB di seluruh dunia, termasuk Pengerusi UNGA, Peter Thomsen akan mengambil bahagian dalam aktiviti sukarela yang dianjurkan sempena hari tersebut, bagi mengalakkan pewujudan dunia yang lebih damai, mampan dan saksama.

Thomsen berkata, dunia kini dibelenggu pelbagai masalah seperti konflik kekerasan yang berterusan, kemiskinan, eksploitasi alam sekitar yang berlebihan, perubahan iklim dan sebagainya.

Nilai-nilai Nelson Mandela yang berlandaskan kemanusiaan, kebaikan hati dan rasa hormat sesama insan bukan sahaja amat penting, tetapi juga boleh mendorong pelaksanaan Agenda 2030 bagi Pembangunan Mampan.

Pada November 2009, UNGA meluluskan resolusi yang menetapkan tarikh 18 Julai setiap tahun sebagai Hari Antarabangsa Nelson Mandela.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China