Cari:
Sidang Kemuncak Usahawan China-AS Pertama Capai Persepakatan
2017-07-19 15:16:23 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Usahawan China-Amerika Syarikat (AS) pertama diadakan di Washington semalam dengan penyertaan 20 orang usahawan dari kedua-dua negara ini.

Para peserta mencapai persepakatan untuk mewujudkan mekanisme dialog tahunan yang membolehkan usahawan kedua-dua negara menyampaikan pandangan membina kepada kerajaan mengenai isu-isu yang menjadi perhatian bersama.

Mekanisme tersebut juga akan membantu China dan AS menangani bersama cabaran dalam hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala, demi perkembangan yang stabil dan sihat.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan dalam sidang kemuncak tersebut, pemimpin kedua-dua negara diharap dapat merapatkan kerjasama dan interaksi dalam penyeliaan industri, standard, perlindungan harta intelek, akses pasaran yang adil dan terbuka, dan mengubah suai prosedur yang tidak kondusif kepada pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China