Cari:
China Majukan Sektor Pengangkutan untuk Galakkan Pelancongan
2017-07-19 14:38:38 CRI Cetak

China akan membangunkan sistem dan prasarana pengangkutan yang bersepadu bagi menyediakan perkhidmatan lebuh raya yang lebih baik kepada sektor pelancong.

Menurut pelan pembangunan yang dirangka bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Pengangkutan, Jabatan Pentadbiran Pelancongan dan empat badan berkenaan lain, keefisienan pengangkutan dan prasarana berkaitan akan ditingkatkan menjelang tahun 2020.

Antara tindakan yang akan diambil termasuk menaiktarafkan kawasan rehat lebuh raya untuk membolehkan tempat tersebut memainkan peranan sebagai hab rekreasi, logistik, informasi, serta penjualan produk.

Tempat letak kenderaan rekreasi (RV) dan stesen mengecas kereta elektrik (EV) juga akan dibina di sekitar destinasi pelancongan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China