Cari:
Dialog Ekonomi Komprehensif China-AS
2017-07-20 15:13:45 CRI Cetak

Sejak hubungan diplomatik antara China dan Amerika Syarikat (AS) terjalin 40 tahun lalu, kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara telah membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara ini, bahkan menyumbang kepada ekonomi dunia.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang menyatakan demikian di Beijing bersempena dengan Dialog Ekonomi Komprehensif China-AS pusingan pertama dirasmikan di Washington pada 19 Julai waktu tempatan.

Dialog ini akan dipengerusikan bersama oleh Naib Perdana Menteri China, Wang Yang, Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Terner Mnuchin dan Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross.

Kedua-dua pihak akan memfokuskan dasar ekonomi makro, kerjasama perdagangan dan pelaburan, serta tadbir urus ekonomi global, dengan matlamat menggalakkan hubungan ekonomi China-AS berkembang secara seimbang dan sihat.

Lu Kang berkata, seiring dengan hubungan ekonomi yang semakin rancak, perselisihan tidak dapat dielakkan. China dan AS harus berusaha bersama-sama untuk meningkatkan taraf kerjasama dan menyelesaikan perselisihan melalui rundingan berasaskan prinsip sama rata dan saling menghormati.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China