Cari:
Pakistan Bantah Tindakan Tentera India di Kashmir
2017-07-20 11:48:09 CRI Cetak

Kementerian Luar Pakistan semalam memanggil Timbalan Pesuruhjaya Tinggi India ke Pakistan, JP Singh untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan tentera India di Kashmir yang menyebabkan dua rakyat jelata maut dan enam lagi cedera.

Menurut laporan kementerian itu, tentera India bertindak mencabuli perjanjian gencatan senjata di Kashmir dengan melepaskan tembakan ke arah garis kawalan (LOC) sebelah Pakistan 18 Julai lalu.

Pakistan menggesa India mematuhi perjanjian gencatan senjata yang dicapai kedua-dua negara pada tahun 2003, dan menyiasat insiden terbaru ini serta pelanggaran gencatan senjata lain sebelumnya, demi ketenteraman zon LOC.

India juga diminta memberi jalan kepada Pasukan Pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Besatu (PBB) untuk melaksanakan misi mereka di sana berdasarkan mandat Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Pengarah Biro Berita Tentera Pakistan, Asif Ghafoor dalam satu sidang media pada 16 Julai lalu menyatakan bahawa India telah melanggar perjanjian gencatan senjata di Kashmir sebanyak 580 kali pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China