Cari:
Li Keqiang Ditemui Mahmoud Abbas
2017-07-20 14:26:50 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang bertemu dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang dalam rangka lawatan rasmi ke China di Dewan Besar Rakyat, Beijing semalam.

Li Keqiang berkata, persahabatan antara China dan Palestin amat kukuh. China menghormati kedaulatan Palestin dan menyokong rakyat Palestin berjuang untuk hak bangsa.

Demi keamanan dan keselamatan Asia Barat, China akan memainkan peranan sendiri dan menyertai usaha antarabangsa untuk menggalakkan proses damai di rantau tersebut.

Tegas Li, keamanan dan pembangunan merupakan prasyarat dan jaminan satu sama lain. China ingin memperkukuh kerjasama dengan Palestin dalam bidang perdagangan, prasarana, sumber manusia dan pembinaan keupayaan menerusi rundingan bilateral atau multilateral, demi kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat Palestin.

Mahmoud Abbas amat menghargai pendirian China dalam isu Palestin dan sokongan terhadap negaranya itu. Palestin bersedia mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan China, merancakkan kerjasama, dan mendorong hubungan dua hala berkembang dengan sihat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China