Cari:
115 Syarikat China Antara 500 Terhebat di Dunia
2017-07-21 15:07:35 CRI Cetak

Majalah Fortune Amerika Syarikat (AS) mengumumkan senarai 500 syarikat terhebat di dunia untuk tahun 2017, semalam.

Prestasi syarikat China bertambah baik untuk tahun ke-14 berturut-turut dengan jumlah syarikat tersenarai tahun ini mencatat 115, meningkat 5 berbanding tahun lalu.

Jumlah syarikat China yang tersenarai merupakan kedua terbanyak di dunia selepas AS yang mempunyai 132.

Syarikat Walmart menduduki tangga teratas dalam senarai itu untuk empat tahun berturut-turut, dengan pendapatan berjumlah USD485.8 bilion.

Tiga syarikat China telah merangkul tangga kedua hingga keempat, iaitu State Grid Corporation of China, SINOPEC Group, dan China National Petroleum Corporation.

Syarikat Toyota dari Jepun menduduki tangga kelima.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China