Cari:
Jawatankuasa Kehakiman Senat AS Lulus Pencalonan Christopher Wray Sebagai Pengarah FBI
2017-07-21 10:34:44 CRI Cetak
Jawatankuasa Kehakiman Senat Amerika Syarikat (AS) sebulat suara meluluskan pencalonan Christopher Wray sebagai Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang baharu berikutan pemecatan bekas penyandangnya, James Comey, oleh Presiden, Donald Trump.

Kesemua 20 anggota jawatankuasa itu mengundi untuk meluluskan pencalonan Wray yang juga bekas Penolong Peguam Negara di bawah pemerintahan bekas Presiden, George W. Bush dan menghantar penamaannya kepada Senat untuk proses pengundian.

Trump mencalonkan Wray bulan lalu selepas memecat Comey semasa siasatan FBI mengenai sama ada rakan kongsi kempen Trump berhubung dengan Rusia untuk membantunya dalam Pilihan Raya Presiden tahun lalu.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China