Dewan Negara China baru-baru ini memperkenalkan Program Zat Pemakanan Rakyat (2017-2030) untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat, terutamanya tujuh golongan iaitu ibu mengandung, bayi, pelajar, warga emas, pesakit, penduduk di kawasan miskin dan atlet.
Program itu akan memudahkan akses kepada pemakanan seimbang dan berkhasiat dengan mengutamakan tujuh golongan tersebut menerusi sekurang-kurangnya enam tindakan utama yang dirumus mencakupi seluruh populasi semasa.
Menurut pegawai Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga China, pelan pelaksanaan program tersebut sedang dirangka, dan standard pemakanan akan ditetapkan menjelang tahun 2020.