Cari:
Iran: Laporan Situasi Keganasan AS Tidak Boleh Dipercayai
2017-07-21 13:19:00 CRI Cetak

Kementerian Luar Iran mengkriktik laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengenai situasi keganasan dunia, yang menyifatkannya sebagai "tidak adil" dan "tidak boleh dipercayai".

Laporan itu mengkategorikan Iran sebagai "negara yang menyokong keganasan" dengan alasan Iran memberikan bantuan kepada kumpulan pengganas di Iraq dan Syria.

Menurut jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qasemi, laporan AS itu tidak mengambil kira hakikat sebenar bahawa Iran sentiasa bertarung menentang keganasan yang paling bahaya di rantau berkenaan.

Keganasan dan ekstremisme merupakan ancaman kepada seluruh dunia. Iran akan terus bergabung tenaga dengan Iraq dan Syria untuk membanteras kumpulan ekstremis termasuk Negara Islam (IS).

Sejak 1984, AS telah menyenaraikan Iran sebagai "negara yang menyokong keganasan" dan mendakwa negara itu memberikan bantuan kepada pengganas di Asia Barat. Iran juga didakwa membangunkan senjata nuklear dan peluru berpandu balistik dengan alasan untuk tujuan damai.

Kesemua dakwaan ini dinafikan oleh Iran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China