Cari:
Dialog Ekonomi China-AS Pusingan Pertama Capai Hasil 
2017-07-21 14:50:39 CRI Cetak

Dialog Ekonomi Komprehensif China-Amerika Syarikat (AS) pusingan pertama diadakan di Washington pada 19 Julai lalu.

Dialog ini dipengerusikan bersama oleh Naib Perdana Menteri China, Wang Yang, Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Terner Mnuchin dan Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross, dan turut dihadiri kira-kira 15 pegawai peringkat menteri kedua-dua pihak.

Selain menjalankan rundingan intensif berkaitan industri perkhidmatan, tadbir urus ekonomi global, dasar ekonomi makro, perdagangan dan perlaburan, perdagangan produk teknologi tinggi, dan kerjasama pertanian, kedua-dua pihak turut membincangkan pelan kerjasama ekonomi untuk setahun akan datang.

Industri perkhidmatan yang merupakan komponen penting hubungan perdagangan antara China dan AS, menjadi fokus dialog ini.

AS berharap China terus meningkatkan keterbukaan sektor perkhidmatannya, dan kedua-dua pihak bersedia untuk merancakkan perdagangan dalam bidang tersebut, yang diyakini akan menguntungkan satu sama lain.

Wakil dari kedua-dua negara akan mengadakan pertemuan susulan untuk terus membincangkan pelaksanaan pelan ekonomi setahun tersebut seawal mungkin, bagi memangkin hubungan bilateral China-AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China