Cari:
China Sokong Pelaksanaan Perjanjian Nuklear Iran
2017-07-22 14:35:54 CRI Cetak

Enam negara yang terlibat dengan isu nuklear Iran, iaitu Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman bersama dengan Iran mengadakan mesyuarat ke-8 Jawatankuasa Perjanjian Komprehensif tentang Isu Nuklear Iran di Vienna, Austria semalam.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Ketua Setiausaha Suruhanjaya Operasi Luar Kesatuan Eropah (EU), Helga Schmid. Turut hadir Naib Setiausaha Negara AS, Tom Shannon; Naib Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi; Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Senjata Kementerian Luar China, Wang Qun; dan pegawai dari negara-negara terlibat.

Wang Qun berkata, China akan terus menyokong perjanjian tersebut. Pelbagai pihak berkaitan patut melaksanakan tanggungjawab masing-masing, menyelesaikan perselisihan dengan baik, supaya memastikan perjanjian itu dilaksanakan dengan berkesan dan menyeluruh.

Selain itu, Wang Qun juga memberikan taklimat tentang perkembangan semasa pengubahsuaian loji air berat Arak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China