Tentera Laut Rusia mengadakan majlis sambutan di pangkalan tentera Baltiysk pagi semalam, menyambut ketibaan armada China yang datang untuk menyertai latihan ketenteraan "Kombinasi Laut - 2017" kedua-dua negara.
Komander pihak China,Tian Zhong dan Komander pihak Rusia Aleksandr Fedotenkov menghadiri majlis sambutan dan menyampaikan ucapan.
Tian Zhong berkata, tentera laut China dan Rusia giat melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara. Kerjasama dan persahabatan antara tentera laut China dan Rusia kian erat melalui latihan bersama yang diadakan sejak 6 tahun yang lalu. Dalam sepuluh hari yang akan datang, tentera laut China dan Rusia akan mengadakan pelbagai aktiviti komunikasi dan latihan, dan menyertai aktiviti sempena Hari Tentera Luat Rusia di Saint Petersburg.
Aleksandr Fedotenkov berkata, latihan ketenteraan "Kombinasi Laut - 2017" ini bermanfaat kepada kerjasama tentera China dan Rusia, dan juga sumbangan kepada kestabilan dan keamanan laut di dunia.
Latian kali ini merupakan latihan rutin antara China dengan Rusia, tidak menyasar pihak ketiga, dan tidak berkaitan dengan situasi serantau.