Amerika Syarikat (AS) akan melarang semua rakyatnya untuk melawat ke Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).
Jurucakap Jabatan Negara AS, Heather Nauert dalam satu kenyataan semalam menjelaskan, pihaknya membuat keputusan itu kerana warga AS menghadapi risiko tinggi untuk ditahan atau dipenjara untuk jangka sama panjang di DPRK.
Larangan perjalanan itu akan diumumkan minggu depan dan dikuatkuasakan 30 hari kemudian.
Menurut statistik, sekurang-kurangnya 17 warga AS ditahan oleh DPRK dalam tempoh sedekad lalu. Sekurang-kurangnya tiga orang masih dipenjara pada masa ini.