Cari:
China Alu-alukan Penubuhan Zon Perdamaian di Syria
2017-07-23 15:42:36 CRI Cetak

Utusan Khas kerajaan China atas Isu Syria, Xie Xiaoyan mengadakan lawatan ke Iran pada 20 hingga 23 Julai ini. Ini kali kedua beliau melawat Iran sejak dilantik sebagai utusan khas bagi isu Syria.

Beliau telah bertukar-tukar pendapat dengan pegawai Iran tentang situasi semasa Syria, di samping menggalakkan rundingan damai pelbagai pihak.

Dalam sidang akhbar di Kedutaan Besar China di Iran semalam, Xie menegaskan China adalah antara negara yang paling awal dan berteguh memegang prinsip penyelesaian isu Syria melalui saluran politik. Pendirian asas China itu tidak berubah, iaitu kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah Syria patut dipelihara.

Beliau juga menyanjung tinggi keputusan rundingan damai Astana mengenai penubuhan "Zon Perdamaian" di Syria. Beliau berkata, ini adalah satu langkah positif yang dialu-alukan oleh pelbagai pihak dan bermanfaat bagi mencari pelan penyelesaian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China