Cari:
Thailand: PLA Topangan Penting bagi Pembangunan dan Kestabilan Dunia
2017-07-23 15:43:24 CRI Cetak

Penasihat Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand, Paisal Puechmongkol, ketika diwawancara oleh wartawan Radio Antarabangsa China(CRI) di Bangkok baru-baru ini menyatakan, Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) memainkan peranan penting dalam usaha memelihara kedamaian dan pembangunan dunia.

Beliau bependapat bahawa hubungan persahabatan antara tentera pelbagai negara ASEAN dengan PLA paling baik dalam sejarah, dan PLA merupakan topangan penting dalam menjaga pembangunan dan kestabilan dunia.

Beliau berkata, walaupun China berjaya mencipta kemudahan tentera teknologi canggih, namun tetap memegang prinsip pembangunan secara damai.

Beliau turut bercadang China dan negara ASEAN meningkatkan komunikasi tentera kerana ini bermanfaat bagi mempergiat kerjasama dan rasa saling mempercayai antara China dengan ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China