Cari:
Itali Tolak Cadangan Tutup Pelabuhan Terima Pelarian
2017-07-23 14:16:54 CRI Cetak

Perdana Menteri Itali, Paolo Gentiloni menyatakan bahawa pihaknya tidak akan menerima ancaman, sebaliknya akan terus menjalankan tanggungjawab kemanusiaan, dan menggesa Kesatuan Eropah (EU) jangan mempunyai kebimbangan dalam hal ini.

Kenyataan Gentiloni tersebut sebagai respons terhadap cadangan Kumpulan Visegrad. Beliau menyatakan, pelbagai negara EU perlu memikul tanggungjawab masing-masing demi memastikan perpaduan dan kestabilan EU terjamin.

Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban pada Jumaat lalu menyatakan bahawa pemimpin empat negara Kumpulan Visegrad mengutus surat kepada Perdana Menteri Itali, Paolo Gentiloni, menggesa negara itu menutup pelabuhan menerima pelarian dan mengenal pasti imigran ekonomi sebelum mereka datang ke Eropah.

Empat anggota Kumpulan Visegrad itu mengeluarkan kenyataan yang menolak kuota pelarian EU, dan turut mencadangkan penempatan pelarian di luar EU pada tahun lalu.

Menurut statistik terkini Pertubuhan Imigran Antarabangsa, setakat 19 Julai lalu, sejumlah 93 ribu pelarian dan pendatang haram tiba di Itali melalui laut. Angka ini mewakili 85% daripada jumlah keseluruhan pelarian dan pendatang haram ke Eropah pada tahun ini. Selain itu, 2,360 orang maut ketika cuba menyeberangi Laut Mediterranean.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China